Thursday 8 November 2012

Rancangan Pelajaran Harian Matematik Tahun 3



Tarikh/Hari           : 24/10/2012 (Rabu)          Masa: 8.00am-8.30am (30minit)
Kelas                   : 3H
Mata pelajaran     : Matematik                        Bil. Pelajar: 30 orang
Tajuk                   : Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 000.
Standard Kandungan   : 1.1 Tambah dalam Lingkungan 10 000.
Standard Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
        1.1.1      Menambah sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula dengan hasil tambah tidak lebih daripada 10 000.
                                          1.1.2 Menambah sebarang tiga nombor tanpa mengumpul semula dengan hasil tambah tidak lebih daripada 10 000.
Pengetahuan Sedia ada: Murid-murid sudah mengenal operasi tambah dalam lingkungan 1000
Bahan Bantu Belajar     : Sampul surat, manila kad, kad nombor, dadu, gula-gula, marker pen, papan hitam, kapur, lembaran kerja.
Penerapan Nilai            :   Bekerja sama dalam kumpulan, kerajinan, ketelitian.
Kemahiran:                   :   i. Kognitif: Membuat pengiraan operasi tambah dua nombor dan tiga nombor.        
                                          ii. Psikomotor: Mencatat hasil perbincangan, menyebut secara spontan.
              iii. Sosial: Berbincang dan bekerja sama dalam kumpulan.
EMK                              : Keusahawanan



Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ mencungkil idea
(5minit)
Operasi tambah dalam lingkungan 1000
1.    Guru menunjukkan dua sampul surat dan menampalnya di papan hitam.
2.    Guru meminta murid meneka benda yang terdapat di dalam sampul surat.

3.    Guru meminta 2 orang murid keluar ke depan dan mengeluarkan kad nombor yang terdapat dalam sampul surat.
4.    Guru menyuruh murid yang lain mencampurkan kedua-dua nombor yang tertulis dalam kad.
Contoh:
245 + 322 = 567
5. Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul.
1.      Murid-murid memerhatikan sampul surat di papan hitam.
2.      Murid-murid meneka banda yang terdapat dalam sampul surat secara spontan.
3.      2 orang murid keluar ke depan dan mengeluarkan kad nombor dalam sampul surat.
4.      Murid-murid menjawab soalan guru iaitu dengan mencampurkan dua nombor yang tertulis dalam kad.

5.     Murid menerima hadiah dan mengucapkan terima kasih kepada guru.

BBB: Sampul surat, Kad nombor, gula-gula.

Langkah 1
(8minit)
Operasi tambah tanpa mengumpul semula dalam Lingkungan 10 000.         
1.      Guru memperkenalkan pembelajaran hari ini iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10 000.
2.      Guru menunjukkan cara-cara membuat operasi tambah di papan hitam.
Penerangan:
i) Campurkan angka dalam nilai tempat “Sa”
ii) Campurkan angka dalam nilai tempat “puluh”.
iii) Campurkan angka dalam nilai tempat “ratus”
      Contoh:
      Operasi tambah dua nombor

a)
645
+
302
=
947


6
4
5
+
3
0
2

9
4
7

b)
364
+
515
=
879
1.      Murid-murid meneliti cara-cara guru menyelesaikan operasi tambah dua nombor dan tiga nombor.

BBB: papan hitam, kapur.










3
6
4
+
5
1
5

8
7
9





Operasi tambah tiga nombor.


3.      Guru membimbing murid menyelesaikan operasi tambah yang seterusnya:
a)        123 + 545 = ________
b)        3621+ 133 + 25 = ______


















2.      Murid-murid menyelesaikan operasi tambah dua nombor dan tiga nombor.
       Jawapan:
a)      668
b)      3779





















Langkah 2
(10minit)
Permainan
Buah dadu


Manila kad

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan setiap kumpulan diberi.
    Sebiji buah dadu, sekeping manila kad dan sebatang marker pen.
2. Guru menyuruh murid membaling buah dadu dan menuliskan nombor yang dibaling ke dalam manila kad.
3. Guru menyuruh murid-murid menjalankan operasi tambah yang telah dituliskan dalam manila kad.
4. Guru memberi ulasan terhadap hasil kerja.
5. Guru menerapkan nilai murni.

1.      Murid-murid membaling dadu dan menuliskan nombor-nombor yang telah dibaling di dalam manila kad.


2.      Murid-murid membuat pengiraan operasi tambah dengan teliti.

3.      Ketua kumpulan akan tampil ke depan untuk membuat pembentangan.
BBB: Buah dadu,
Manila kad, marker pen.










Nilai murni: bekerja sama, kerajinan
Langkah 3
(5minit)
Pengukuhan
1. Guru memberikan lembaran kerja      kepada murid.
     (rujuk lampiran A)
2. Guru menerapkan nilai murni.

1.      Murid-murid menjawab soalan dalam lembaran kerja secara individu.

BBB: lembaran kerja

Nilai Murni: Ketelitian
Penutup
(2minit)
Rumusan
1.      Guru menunjukkan kad-kad imbasan operasi tambah.
2.      Guru bertanyakan soalan kepada murid secara rawak.
1.  Murid-murid menjawab soalan guru secara rawak.
Kad imbasan.

  

Lembaran Kerja: Lampiran A

No comments:

Post a Comment

Sila tiap komen dengan ikhlas. Terima kasih.